Pages

Doa Murah Rezeki

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu

Borang Pesanan

Nama
Alamat Emel (Sila Semal Spam Box Jika Tidak Menerima Butiran Pesanan)
No. HP
Alamat Penghantaran
Senarai Pesanan (Nyatakan Item dan Kuantiti)

This HTML form was created by Freedback.

Monday, 4 November 2013

Assalamualaikum.. salam maal hijrah kepada semua umat islam

Adalah dimaklumkan esok adalah cuti umum dan  tiada pengeposan ye . Pengeposan akan start pada hari rabu 6/11/2O13  


Marilah kita sama-sama amalkan =)

Doa Akhir Tahun 

Doa ini dibaca sebanyak 3 kali ketika akhir tahun baru Islam dan ia diamalkan selepas waktu Asar atau sebelum maghrib pada 29 atau 30 Dzulhijah.

Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah S.W.T. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah S.W.T. yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah S.W.T.

Sebaik-baiknya kita memulakan dan mengakhiri setiap doa kita dengan adab iaitu dengan puji-pujian kepada Allah S.W.T.sera selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.





Maksud Doa Akhir Tahun:-

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah cucurkan Rahmat dan Sejahtera atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan Sahabat-sahabat baginda sekalian

Ya Allah, Wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang engkau larang dalam tahun ini

Maka kami belum bertaubat darpadanya.

Padahal, Engkau tidak meredhai dan Engkau memang tidak lupakannya.

Dan Engkau berlembut tidak mengazabkan kami, malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu.

Maka kami sekalian memohon keampunanMu

Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini.

Manakala amalan-amalan kami yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya,

Maka kami memohon diperkenankan akan perbuatan amal bakti yang telah kami lakukan itu

Dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah



Doa Awal Tahun 

Doa ini dibaca sebanyak 3 kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas Maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita memohon kepada Allah S.W.T. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya.

Sebaik-baiknya kita memulakan dan mengakhiri setiap doa kita dengan adab iaitu dengan puji-pujian kepada Allah S.W.T. serta selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.





Maksud Doa Awal Tahun:-

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Rahmat dan Sejahtera keatas Penghulu Kami Nabi Muhammad dan keatas keluarganya dan Sahabat-sahabat baginda sekalian.

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan.

KelebihanMu Maha Besar dan kemurahanMu sangat-sangat diharapkan.

Tibalah sudah tahun baru, kami memohon kepadaMu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat.

Juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya.

Dan Kami memohon daripadaMu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (Nafsu yang mendorong kepada kejahatan).

Kami memohon juga kepadaMu Ya Allah, akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMu.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Mulia,

Ya Allah yang sebaik-baik yang mengurniakan Rahmat.

No comments:

Post a Comment